TAWAU: Polis berjaya menahan seorang lelaki yang dipercayai mendera dua anaknya dengan memijak sambil mengacukan pisau dan mengugut untuk membunuh mereka dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Andun, Jalan Kabogan, Semporna, pada Khamis.
Pasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau dengan bantuan BSJ Semporna itu, turut berjaya menyelamatkan dua kanak-kanak berusia tiga dan lima tahun terbabit dalam operasi jam 7 pagi.
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas, berkata pihaknya berjaya mengenal pasti lokasi rumah terbabit dengan kerjasama isteri suspek yang berusia 19 tahun.
"Suspek adalah warga Indonesia berumur dalam lingkungan 20-an. Suspek dan dua kanak-kanak itu berada di rumah ibu bapanya ketika ditahan.
"Kedua-dua kanak-kanak itu didapati selamat dan dihantar ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan lanjut.
"Kita turut merampas sebuah telefon bimbit dan parang atau pisau yang dipercayai digunakan ataupun kelihatan dalam video yang tular tersebut," katanya pada sidang media di Balai Polis Tawau di sini, pada Khamis.
BACA: Polis buru lelaki pijak, acu pisau, ugut bunuh dua anak
Sebelum ini, rakaman perbuatan seorang lelaki mendera dua anaknya yang masih kecil dengan memijak sambil mengacukan pisau dan mengugut untuk membunuh mereka menjadi tular sejak Selasa.
Berdasarkan video dan gambar yang dimuat naik di laman Facebook OrangKunak, kedua-dua kanak-kanak itu dilihat menangis kesakitan dan ketakutan, malah suspek dipercayai turut merakam perbuatannya itu sendiri.
Mengulas lanjut, Peter berkata, polis percaya suspek yang mengalami masalah rumah tangga bertindak mendera serta mengugut untuk membunuh anaknya bagi memaksa isterinya kembali kepadanya.
Katanya, suspek direman dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Petrus Bernard
Thu Apr 15 2021
Polis berjaya mengenal pasti lokasi rumah terbabit dengan kerjasama isteri suspek yang berusia 19 tahun. - Gambar/ Facebook @OrangKunak
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Penganggur ditahan tampar, pijak kepala anak
Seorang penganggur ditahan kerana disyaki sengaja menyebabkan kecederaan dengan menampar dan memijak kepala anak perempuannya berusia 16 tahun di sebuah rumah di Taman Saga, Ampang awal pagi tadi.
Kes pijak, ugut bunuh anak: Polis tangkap bapa, selamatkan 2 kanak-kanak
Polis berjaya mengenal pasti lokasi rumah terbabit dengan kerjasama isteri suspek yang berusia 19 tahun.